Perjanjian Sykes–Picot telah dimeterai
antara Britain dengan Perancis untuk
membahagikan negara Arab Timur kepada kedua-
dua kuasa besar tersebut semasa Perang Dunia I.
Kedua-dua negara Berikat ini telah mencapai kata
sepakat pada 16 Mei 1916 M., hasil rundingan
rahsia antara wakil Britain, Sir Mark Sykes dengan
wakil Perancis, François George Picot.