TAJWID | Perkataan tajwid dari sudut bahasa ialah kata terbitan dari kata kerja yang bererti memperelok. | AGAMA | Konsep |
IMBUHAN | Imbuhan ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri. Imbuhan perlu ditambah pada kata dasar untuk membentuk kata baharu atau kata terbitan. | BAHASA | Konsep |
DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU | DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU, pedoman umum dan panduan sebutan baku. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Buku ini diterbitkan untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu merujuk dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul seperti yang dieja. Buku ini mengandungi transkripsi sebutan bagi sejumlah lebih kurang 20 000 kata dasar, termasuk sebutan bagi beberapa kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap perkataan dalam ejaan Rumi disusun menurut abjad dan disertakan transkripsi sebutan baku yang dipermudah untuk keperluan semua peringkat pengguna. | BAHASA | Karya |
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN | KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya. | BAHASA | Penerbitan |
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU | PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939. Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu. Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan. Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya. Perkara-perkara yang dibicarakan ialah: | BAHASA | Karya |
MORFOLOGI BAHASA MELAYU | MORFOLOGI BAHASA MELAYU, kajian tentang struktur bentuk dan penggolongan kata bahasa Melayu. Morfologi bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan bentuk terbitan. | BAHASA | Konsep |