Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.te.dral] | کاتدرل

Definisi : gereja besar bagi daerah di bawah bidang kuasa seorang biskop. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katedral


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATEDRAL NOTRE DAME

Katedral Notre Dame ialah katedral yang

terkenal di Paris. Ia tersergam di Île de la Cité,

pulau kecil di Sungai Seine, di tengah-tengah Paris.

Katedral ini didedikasikan kepada Notre Dame,

penghargaan Perancis untuk Our Lady, Virgin

Mary. Katedral ini merupakan salah satu daripada

contoh seni bina Gothik yang paling cantik.

UMUM 
KATEDRAL MILAN

Katedral Milan di Milan, Itali ialah gereja ketiga

terbesar di Eropah. Gereja yang terbesar ialah Saint

Peter’s di Rom, diikuti dengan katedral di Seville,

Sepanyol. Batu asasnya diletakkan oleh Gian

Visconti pada tahun 1385. Dari tahun 1805 hingga

tahun 1813, katedral ini disiapkan atas arahan

Napoleon I.

UMUM 
YORK

York (pend. 100 600) ialah bandar katedral

Inggeris purba dan juga bandar universiti. York

terletak di persimpangan Sungai Ouse dan

Sungai Foss di Yorkshire Utara

UMUM 
ÅRHUS

Århus, yang juga dieja Åarhus (pend. 204 193),

ialah bandar raya yang kedua terbesar di Denmark.

Ia merupakan bandar pelabuhan di pantai timur

Jutland, dan pusat perdagangan dan perindustrian.

Århus mempunyai katedral yang indah, yang

dibina pada tahun 1200, dan sebuah universiti yang

ditubuhkan pada tahun 1928. Untuk lokasinya, lihat

Denmark (peta).

UMUM 
AUGSBURG

Augsburg (pend. 125 193) ialah bandar komersial

dan perindustrian di selatan Jerman. Untuk

lokasinya, lihat Jerman (peta politik). Augsburg

terkenal kerana bangunan Zaman Pertengahan dan

Zaman Renaissance yang terpulihara baik.

Banyak mercu tandanya termasuk katedral

Augsburg, yang dibina sejak tahun 900-an M.; dan

dewan perbandaran yang disiapkan pada tahun

1620. Beberapa bangunan Zaman Renaissance

yang indah terletak di Maximilianstrasse dan

Karolinenstrasse, dan dua batang jalan yang

terkenal di pusat bandar. Kilang di Augsburg

membuat keluaran seperti bahan kimia, barang

elektronik, jentera, dan tekstil.

UMUM 
SIENA

Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali

(lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo,

terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan

bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat

bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan

oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai

Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun.

Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam

putih, ialah satu daripada katedral Zaman

Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena

mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun

1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine,

santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini.

UMUM 
YORKSHIRE

Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar

di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti

Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan

daerah metropolitan yang membentuk selatan dan

barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral

purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire

Utara merupakan desa.

UMUM 
NORTHAMPTON

Northampton (pend. 178 200), pekan dan daerah

di bawah kerajaan tempatan di Northamptonshire,

England . Ia merupakan pusat pembuatan, dikenali

untuk industri membuat kasut. Bandar ini terletak di

Sungai Nene. Bangunannya yang indah termasuk St.

Peter’s Church, dengan hiasan Normannya, dan

sebuah katedral moden Roman Katolik.

Northampton sebelum ini merupakan sebuah

bandar baru (lihat Bandar baru ).

UMUM 
REIMS

Reims (pend. 185 164; pend. kaw. met. 206 362)

ialah kota berkubu di utara Perancis. Ia terletak di

Sungai Vesle kira-kira 158 kilometer di timur laut

Paris. Bagi mengetahui kedudukannya, lihat

Perancis (peta politik). Keindahan Reims tertumpu

pada katedralnya yang mula dibina pada tahun

1200-an dan siap pada tahun 1430. Tinggi katedral

ini melebihi kawasan perumahan sekitarnya.

UMUM 
SENI ARCA

Seni arca adalah satu daripada seni yang paling

kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada

asalnya bermakna memotong dan melibatkan

teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk

dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza

daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo

hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan

daripada patung batu yang menghiasi katedral

hingga kepada gegantung (mobile) logam yang

berayun gemalai apabila ditiup angin.

UMUM 
12

Kembali ke atas