SAINS SOSIAL | Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir erti kehidupan di dunia bukannya cuba menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains sosial memberi tumpuan kepada kehidupan manusia dengan orang lain dalam sesuatu kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi sosial, kriminologi, dan sains undang-undang. Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi, geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori sains sosial yang luas. | UMUM | |
BAHAN ELEKTRIK | Semua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat. | FIZIK | Konsep |
SENI HIAS | Seni hias ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai kategori termasuk perabot, kerja kayu, dan kaca. Istilah seni hias juga merujuk kepada seramik (porselin dan tembikar) dan kerja logam (emas, perak, gangsa, dan logam-logam lain). | UMUM | |
MICHENER, JAMES ALBERT | Michener, James Albert (1907–1997) ialah pengarang Amerika yang telah memenangi Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific (1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II. Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi cerita Michener. | UMUM | |
PORTER, KATHERINE ANNE | Porter, Katherine Anne (1890–1980) ialah penulis Amerika yang terkenal terutamanya kerana cerpennya. Koleksi cerpennya Collected Stories (1965) memenangi Hadiah Pulitzer bagi kategori fiksyen pada tahun 1966. Karya terkemuka Porter menggambarkan tentang keinginannya terhadap politik dan fahaman kebebasan sosial. Kebanyakan ceritanya berunsur keagamaan yang menggambarkan latar belakangnya yang beragama Roman Katolik. Porter menghasilkan cerpennya berdasarkan kawasan tertentu seperti Amerika Selatan atau Barat Daya, Mexico, ataupun Eropah. | UMUM | |
PERADUAN MENGARANG DRAMA | PERADUAN MENGARANG DRAMA, peraduan menulis genre drama. Peraduan ini pertama kali diadakan pada tahun 1963 di bawah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peraduan ini dibahagikan kepada kategori A dan B. Peraduan ini menekankan penciptaan skrip drama yang sesuai untuk dilakonkan oleh murid-murid pada peringkat sekolah rendah bagi kategori A dan pada peringkat sekolah menengah bagi kategori B. | SASTERA | Konsep |
MAHRAM | Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin. Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Mu‘abbad dan Haram Mu‘aqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan. | AGAMA | Konsep |
PERLUMBAAN MOTOBOT | Perlumbaan motobot ialah sukan yang menarik dan banyak persaingan. Perlumbaan ini diadakan untuk menguji prestasi motobot dan kemahiran pemandunya. Setiap tahun, beribu-ribu orang bertanding dalam pelbagai perlumbaan motobot. Kategori perlumbaan berdasarkan faktor seperti saiz bot, bentuk badan bot serta lokasi dan kekuatan enjin bot. | UMUM | |
MITCHELL, MARGARET | Mitchell, Margaret (1900–1949) ialah pengarang Amerika yang menghasilkan novel Gone with the Wind (1936), salah sebuah novel yang sangat popular. Novel ini memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1937 bagi kategori fiksyen. Gone with the Wind ialah kisah tentang Negeri-negeri Selatan Amerika semasa Perang Saudara Amerika, dari sudut pandangan penduduk di negeri selatan Amerika. | UMUM | |
REBANA | REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan. | BUDAYA | Alat/Alatan |