PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya. Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949. Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU | ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta. | BUDAYA | Konsep |
MINAHASA | MINAHASA, saku kaum yang tinggal di kabupaten Minahasa Sulawesi Utara, Indonesia. Ibu kota Minahasa ialah Manado. Lazimnya orang Minahasa menyebut diri mereka ‘orang Manado’ atau ‘Kawanua’ dalam percakapan seharian. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
HABIB NOH | HABIB NOH ( ? - 1870), ulama Singapura. Ibu bapanya berasal dari Palembang, tetapi dia lahir dalam kapal semasa ibunya ke Pulau Pinang. Nama sebenarnya ialah Noh bin Muhammad. Nama Noh mengambil sempena Nabi Noh. Dia seorang ulama yang terkenal di Singapura dan setelah dia meninggal dunia, dia dianggap sebagai ‘keramat’. Beberapa catatan sejarah mengatakan dia mula menetap di Kampung Kaji di Singapura bersebelahan Masjid Sultan, pada awal tahun 1880-an. Semasa kecil Habib Noh dipelihara oleh saudara ibunya bernama Sharifah Seha. Ramai dari kaum kerabat Habib Noh menetap di Pulau Pinang di kawasan Burmah Road. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |