| PASAR RAYA | Pasar raya ialah gedung besar menjual barang makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat Rantaian). | UMUM | |