Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya dan beratnya lebih daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan plankton (organisma laut mikroskopik), terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod. Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun. Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi daratan dan tidak berhijrah. |