Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang terbina di atas tebing yang tenggelam, atau terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol, dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik. Lihat juga Karang <i> . i> |