KAWASAN TENANG | Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya sedikit sekali berangin atau tiada langsung berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang. Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah subkhutub dan doldrum khatulistiwa. | UMUM | |
MOTUAN | Motuan ialah satu kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 10 000 orang yang tinggal di Port Moresby, Papua New Guinea dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Mereka berbangsa Melanesia dan agak baru di Papua New Guinea. Anggota kumpulan ini mula-mula tiba di sini kira-kira 5000 tahun yang lalu. Orang Papua yang tinggal berhampiran sudah menetap di situ sejak dahulu lagi. Bahasa Motuan ada kaitannya dengan bahasa pertuturan di New Hebrides dan Fiji. Wanita Motuan mahir membuat barangan tembikar dan sejak berabad lamanya, kaum lelakinya memperdagangkan barangan tembikar tersebut dengan orang yang tinggal di sepanjang Teluk Papua untuk mendapatkan sagu. Ekspedisi perdagangan yang biasa dan dikenali sebagai hiri membawa barangan tembikar ini dalam lakatois (sampan). | UMUM | |
TAMAN NEGARA | Taman negara ialah kawasan yang disimpan oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri luar biasa yang lain. Taman negara juga melindungi kawasan-kawasan yang penting dari segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman melindungi keseluruhan persekitaran seperti terumbu karang, padang pasir, padang rumput, banjaran gunung, atau hutan hujan. | UMUM | |
MEGALOPOLIS | Megalopolis ialah sebuah kawasan yang terdiri daripada dua atau lebih kawasan metropolitan. Sebuah kawasan metropolitan terdiri daripada sebuah kota pusat dengan penduduk sekurang-kurangnya 50 000 orang dan pinggir bandar yang mengelilingi kota itu. Kawasan metropolitan akan membentuk sebuah megalopolis sekiranya kawasan tersebut menarik, ramai penduduk dan industri, dan kemudian berkembang lalu mula membesar bersama-sama. | UMUM | |
KAWASAN FIFE | Kawasan Fife ialah kawasan kerajaan tempatan yang terletak di pantai timur tengah Scotland di antara Firth of Tay dengan Firth of Forth. | UMUM | |
KAWASAN BORA | Kawasan Bora ialah kawasan Orang Asli di Australia Timur yang merupakan tempat budak-budak lelaki menjalankan upacara inisiasi. | UMUM | |
KAWASAN METROPOLITAN | Kawasan metropolitan ialah wilayah yang padat penduduknya dan terdiri daripada kawasan pusat bandar dan kawasan yang dimajukan di sekitarnya. | UMUM | |
KAWASAN STRATHCLYDE | | UMUM | |
KAWASAN TAYSIDE | Kawasan Tayside terletak di sebelah timur Scotland. Bandar terbesar ialah Dundee yang separuh penduduknya tinggal di sini. Dundee ialah kota industri tetapi sebahagian besar kawasan ini ialah kawasan luar bandar. | UMUM | |
PHOENICIA | Phoenicia ialah nama yang diberi oleh Yunani purba kepada kawasan yang kini meliputi kawasan pinggir Laut Syria, Lubnan dan Israel. Sungai Eleutherus membentuk sempadan di sebelah utara, manakala Gunung Carmel di sebelah selatan. Kawasan ini terletak di antara gunung Lebanon di timur dengan Laut Mediterranean di barat. | UMUM | |