Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seri kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG KAYA-KAYA

ORANG KAYA-KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, panggilan kehormat ‘Orang Kaya’ dikaitkan dengan gelaran mengenai kekuasaan dan kekayaan di kalangan mereka yang mempunyai pengaruh ekonomi dan politik. Mereka paling aktif dalam perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama yang dikunjungi oleh kebanyakan pedagang antarabangsa daripada golongan raja dan bangsawan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
ORANG KAYA

ORANG KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam budaya Melayu, ‘kaya’ memberi maksud kemewahan yang berkaitan rapat dengan kuasa. Perkataan ‘orang kaya’ seringkali digunakan sebagai gelaran untuk golongan bangsawan seperti Orang Kaya Laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
HUSSEIN MOHAMED TAIB, ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR, DATO'HUSSEIN MOHAMED TAIB, Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ (1897-1950), pentadbir. Dia lahir pada 31 Mac 1897 di Pekan, Pahang. Dia adalah keturunan pembesar Bugis-Johor yang telah berhijrah ke Pahang pada abad ke-18.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SERI KAYA

SERI KAYA, makanan yang diperbuat daripada telur, santan dan gula dan biasanya dimakan dengan roti.  Bahan-bahan ini dipukul sehingga kembang dan dimasak dengan cara dikukus, direbus atau dibakar.  Seri kaya juga disebut sebagai sekaya. 

BUDAYAMakanan
KETUA ANAK NEGERIKETUA ANAK NEGERI, pegawai tadbir rendah dalam pentadbiran tempatan negeri Sabah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal adat di daerahnya. Sejak dahulu lagi, ketua anak negeri memakai gelaran tradisional, iaitu Orang Kaya-kayaBUDAYAKonsep
ORANG KIWI

ORANG KIWI, pedagang antarabangsa yang giat berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 – 1511). Mereka adalah pedagang yang kaya-kaya dan dipercayai mempunyai kapal-kapal perdagangan yang besar. Kapal mereka boleh belayar mengharungi Laut China Selatan, Lautan Hindi, Laut Arab, perairan Melaka dan Kepulauan Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
DATO' MAHARAJA LELA

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? – 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato’ Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. SEDOMAN

O.K.K. SEDOMAN (   ?   -   ?  ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR

O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR (  ?  -  ?  )., Ketua Anak Negeri (1915 – 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
O.K.K. MOHAMAD SAMAN

O.K.K. MOHAMAD SAMAN (  ?  -  ?  ), Ketua Anak Negeri (1935 – 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345678

Kembali ke atas