Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kayu-~ kayu-kayuan; ®kayu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayan I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAYAN

KAYAN, kaum minoriti di Sarawak. Kaum ini tergolong dalam kumpulan Orang Hulu. Masyarakat Kayan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 15 000 orang (banci 1993). Kayan terdiri daripada beberapa kumpulan kecil seperti Uma Pu, Uma Pliau, Uma Bawang, Uma Pako, Uma Semuka, Uma Belor, Uma Apan, Uma Juman, Uma Lesong dan lain-lain lagi. Walaupun mereka terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yang berlainan namun bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KAYU-KAYAN

Kayu-kayan merupakan tisu komposit yang terdapat di dalam pokok yang juga dikenali sebagai xilem sekunder.

PERTANIANKonsep
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

Temenggung Jugah anak Barieng, Tun

(1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan

salah seorang yang menandatangani Perjanjian

Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963.

Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai

Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974.

Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan

Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai

delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk

mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu.

Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan

suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku

kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi,

Kalimantan , Indonesia .

UMUM 
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu
PARANG ILANG

PARANG ILANG, senjata panjang yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan Iban di Sarawak.  Parang ilang digunakan oleh orang lelaki.  Ia diikat di pinggang dan sentiasa dibawa ke mana sahaja.  Selain sebagai senjata, parang ilang digunakan sebagai alat kerja dan untuk upacara adat.

BUDAYAAlat/Alatan
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RUMAH PANJANGRumah panjang, kediaman suku kaum tertentu

di Sarawak. Secara tradisi, suku kaum Iban,

Bidayuh, Kayan, Kenyah, dan Orang Ulu yang lain

tinggal di rumah panjang.

UMUMUmum

Kembali ke atas