Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) peĀ­ngancing pintu drpd kayu; b) salib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
palang (kata nama)
Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan, selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;,
Kata Terbitan : memalang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan
SISIR

SISIR, sejenis alat pertanian untuk meratakan tanah sawah selepas ditajak atau ditenggala.  Sisir juga digunakan untuk mengaut sampah.  Sisir terbahagi kepada dua bahagian iaitu tapak dan jejari.  Tapak sisir diperbuat daripada kayu, manakala jejarinya pula diperbuat daripada buluh, nibung, kayu ataupun besi.  Tapaknya (palang atas) berukuran antara 1 m hingga 1.2 m panjangnya, manakala panjang jejarinya pula lebih kurang 0.5 m.

BUDAYAArtifak/Mentifak

Kembali ke atas