| OHIA | Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong dalam famili Myrtaceae. | UMUM | |
| ELM | Elm ialah pokok besar yang menarik yang digunakan untuk teduhan dan kayunya. Terdapat kira-kira 20 spesies, terutamanya dari kawasan beriklim sederhana di utara. | UMUM | |
| HACKBERRY | Hackberry ialah nama beberapa spesies pokok dalam famili elm yang dihargai kerana kayunya, mempunyai buah yang boleh dimakan, dan ia ditanam sebagai pokok hiasan. | UMUM | |
| KAYU JATI | Kayu jati ialah pokok hutan yang berasal dari hutan tropika di Asia Tenggara. Kayunya sangat dihargai untuk membina kapal dan membuat perabot. | UMUM | |
| KULIT KAYU KERTAS | Kulit kayu kertas ialah pokok besar di Australasia yang kulit kayunya tanggal yang kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada batang dan dahannya. | UMUM | |
| RIMU | Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik dan sangat berharga, digunakan untuk membina rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi, dengan dahannya yang melentok berwarna hijau pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada batangnya. Seperti semua pain, pokok ini mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil. Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan atau bunga betina. | UMUM | |
| MULGA | Mulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneura | UMUM | Umum |
| PUSSY WILLOW | Pussy willow juga dikenali sebagai goat willow atau great sallow , ialah pokok renek atau pokok kecil yang tergolong dalam famili willow. Ia tumbuh di hutan lembap di Eropah dan timur laut Asia . Pussy willow tumbuh setinggi kira-kira 10 meter. Kulit kayunya berwarna kelabu pada pokok muda dan berwarna perang dan merekah pada pokok tua. Daunnya berwarna hijau tua di bahagian atas dan di bahagian bawahnya diliputi bulu gebu berwarna kelabu. Daunnya lebih lebar daripada daun lain-lain jenis willow. | UMUM | |
| KATALPA | Katalpa, juga dikenali sebagai Indian bean, ialah nama sekumpulan pokok yang berasal dari timur Asia, Amerika Utara dan Hindia Barat. Terdapat kira-kira 10 spesies katalpa. Katalpa biasanya mempunyai bunga yang besar, berwarna putih. Ia juga biasanya ditanam sebagai pokok teduh dan juga untuk kayunya. | UMUM | |
| MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |