SATAH CONDONG | Satah condong ialah peranti yang digunakan untuk mengangkat beban berat menggunakan daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar memerlukan kurang daya daripada mengangkat beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½ meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas pelantar bersamaan dengan beban didarabkan dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau 6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu digolekkan menaiki tanjakan, daya yang diperlukan adalah: Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram ______________- ____________- daya jarak 14 Walaupun satah condong mengurangkan daya, amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam mesin mudah]). | UMUM | |
PERGELANGAN TANGAN | Pergelangan tangan ialah sendi yang menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita menggunakan pergelangan tangan untuk menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk kepada satu kawasan di bahagian atas tangan. Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang dinamakan karpal. | UMUM | |
METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
PERJUDIAN | Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu permainan, peristiwa, atau kejadian secara kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan dibuat pada permainan menguji nasib seperti loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan acara sukan yang lain. | UMUM | |
DOOLITTLE, JAMES HAROLD | Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai pengeboman yang pertama ke atas Tokyo semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada 18 April 1942. | UMUM | |
AUTOPSI | Autopsi ialah pemeriksaan luaran dan dalaman ke atas mayat. Ia juga dikenali sebagai nekropsi dan pemeriksaan bedah siasat . | UMUM | |
EUTROFIKASI | Eutrofikasi ialah proses yang mempunyai kesan ke atas tasik dan jasad air yang lain. Semasa proses eutrofikasi, kualiti air yang terlibat akan turun begitu ketara sehinggakan air ini tidak lagi boleh digunakan oleh manusia | UMUM | |
KEBANKRAPAN | Kebankrapan ialah proses undang-undang yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap, diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
KALA-AZAR | Kala-azar ialah sejenis penyakit yang mendatangkan kesan ke atas manusia dan haiwan. Penyakit ini disebabkan oleh parasit yang tergolong dalam Leishmania, iaitu satu kumpulan organisma satu sel. | UMUM | |