PERANG KEDAH-SIAM | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
RECIFE |
Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco Recife (pend. 1 184 215; pend. kaw. met. 2 348 362) terletak di timur laut Brazil, dan ibu negeri Pernambuco. Recife terletak di muara Sungai Capibaribe dan Sungai Beberibe, sebahagian di tanah besar dan sebahagian lagi di sebuah pulau di Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta politik]). Kilang-kilang di Recife menghasilkan tekstil, tembikar, barangan kulit dan kertas, minyak sayur, dan alkohol. Sumber kekayaan utamanya datang daripada eksport pisang, kopi, kapas, kulit, dan gula. Recife mempunyai empat buah universiti. Orang Portugis menduduki wilayah Recife pada tahun 1535. Semasa serangan Belanda ke atas Brazil (1630–1654), Recife menjadi pusat operasi musuh. Recife menjadi sebuah bandar Brazil pada tahun 1710 dan bandar raya pada tahun 1823. | UMUM | |
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua. Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera. Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | 1; LEFT: 0pt; POSITION: absolute; mso-ignore: vglayout"> TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. 1"> | BUDAYA | Konsep |
SUNGAI YANGTZE | Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian tengah China dan memasuki Laut China Timur, 6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira 1 829 000 kilometer persegi. | UMUM | |
SURAH AL-MULK | Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu”. (Surah al-Mulk 67:1) | UMUM | |
SHOVE-HALFPENNY | Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua orang pemain atau dua buah pasukan. Permainan ini dimainkan di atas papan yang berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan kepada dua petak. Pemain menggunakan lima cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25 milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera terjuntai di hujung papan. Mereka cuba memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan. Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak. | UMUM | |
RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |
SORI SIREGAR | SORI SIREGAR (1939- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 November 1939, di Medan, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Seri Sutan Sirovi Siregar. Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1959 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Pegawai Staf Departemen Penerangan Tingkat Atas di Medan. 1"> Sori pernah bertugas sebagai editor Waspada Teruna dan Duta Minggu di Medan, dan majalah Zaman dan Eksekutif di Jakarta. Sori menulis cerpen sejak tahun 1960. Kebanyakan cerpennya tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Sastera, Horison, Budaya Jaya, Selecta, Kartini, Femina, Famili, Dewi, Sinar Harapan dan Kompas. Sori juga menyumbang tulisan kepada Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat di Malaysia. | SASTERA | Tokoh |