Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
IKAN SUMPITIkan sumpit atau archerfish ialah mana-mana
dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India
hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia
UMUMUmum
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 
OSPREY

Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan ,

ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam

ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter

untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah

air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan

dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini

hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik,

pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah

ke kawasan panas pada musim sejuk.

UMUM 
TENCH

Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan

kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil.

Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang,

dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya

merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini

berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik,

sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan

tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan

moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di

atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia

tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara,

Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi

60 sentimeter panjangnya.

Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili

kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca .

UMUM 
MERGANSER

Merganser ialah nama sekumpulan itik yang

memakan ikan. Merganser menangkap ikan

dengan paruhnya yang sempit lurus yang bengkok

di hujungnya dan bertakik di tepinya. Oleh sebab

ini, ia kadangkala dikenal sebagai paruh geraji.

Merganser biasa atau goosander, dan merganser

berdada merah hidup di seluruh kawasan utara

beriklim sederhana. Hooded merganser hidup di

Amerika Utara, tetapi ia kadangkala kelihatan di

Eropah. Kebanyakan merganser berhijrah ke

selatan pada musim sejuk.

UMUM 
TARPON

Tarpon ialah ikan buruan yang besar yang

kelihatan seperti ikan hering. Ia hidup di Lautan

Atlantik dari Long Island, New York, Amerika

Syarikat hingga ke Brazil, di Teluk Mexico, dan di

perairan Hindia Barat. Ia banyak terdapat di luar

pantai selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia juga

didapati di luar pantai di Sepanyol, Portugal, dan

Azores. Tarpon membesar sepanjang 2.5 meter dan

beratnya mungkin 90 kilogram. Isinya kasar dan

tidak diingini untuk dijadikan makanan.

UMUM 
SHAD

Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak

hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60

sentimeter panjangnya dan beratnya lebih

daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan

makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang

Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari

Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan

plankton (organisma laut mikroskopik),

terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod.

Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah

ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad

dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan

sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di

Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah

ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun.

Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi

daratan dan tidak berhijrah.

UMUM 
KORMORAN

Kormoran ialah burung besar, berkaki renang

dan menangkap ikan dengan menjunam ke dalam

air.

UMUM 
ROSEFISH

Rosefish ialah ikan makanan yang penting yang

terdapat dari Iceland hingga ke Amerika Syarikat

dan di luar pantai utara di Eropah, sejauh ke Lautan

Artik di utara.

UMUM 
123

Kembali ke atas