SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
IKAN SUMPIT | Ikan sumpit atau archerfish ialah mana-mana dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia | UMUM | Umum |
SEKENDI | Sekendi ialah mana-mana satu daripada melebihi 25 spesies burung randuk yang terdapat di kawasan panas di seluruh dunia. Burung ini berbeza-beza panjangnya dari 48 sentimeter hingga 110 sentimeter. Ia mempunyai leher yang panjang, kaki yang panjang, dan paruh yang panjang kurus yang melengkung ke bawah. | UMUM | |
ARMADILO | Armadilo adalah mana-mana satu daripada beberapa mamalia kecil di Amerika yang mempunyai plat bertulang pada kulit sebelah atas badannya. Armadilo biasanya memakan serangga, cacing tanah, labah-labah dan siput. Armadilo didapati terutamanya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai cakar yang kuat, yang digunakannya untuk mengorek terowong dan lubang dalam tanah. Ia menggunakan lidahnya yang panjang untuk menjilat serangga. Oleh sebab armadilo hanya mempunyai gigi kecil yang terletak jauh ke dalam mulutnya, ia tidak boleh menggigit untuk mempertahankan dirinya. | UMUM | |
BURUNG TROPIKA | Burung tropika ialah mana-mana satu daripada tiga spesies burung laut yang terdapat di kawasan tropika. Burung tropika memakan ikan yang ditangkap dengan menyelam ke dalam air dari udara. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |
OPOSUM | Oposum ialah mana-mana anggota famili mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat. Oposum betina membawa anaknya dalam kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru, dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak yang benar-benar tidak terbina dinamakan marsupial. Oposum adalah satu-satunya marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan hingga ke Amerika Selatan. | UMUM | |
DARTER | Darter ialah mana-mana satu daripada kira-kira 140 spesies ikan air tawar yang kecil yang tergolong dalam famili perch. Darter terdapat di perairan Amerika Utara di sebelah timur Pergunungan Rocky, dari tengah Kanada hingga ke utara Mexico. Ikan ini mendapat namanya daripada cara ia meluru dari setempat ke setempat. | UMUM | |
MEGHALAYA | Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia. | UMUM | |
PARANG ILANG | PARANG ILANG, senjata panjang yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan Iban di Sarawak. Parang ilang digunakan oleh orang lelaki. Ia diikat di pinggang dan sentiasa dibawa ke mana sahaja. Selain sebagai senjata, parang ilang digunakan sebagai alat kerja dan untuk upacara adat. | BUDAYA | Alat/Alatan |