Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke sungai besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI MARNE

Sungai Marne ialah cabang yang paling besar

bagi Sungai Seine di Perancis. Sungai Marne

bermula di Penara Langres di timur Perancis dan

mengalir ke arah utara dan barat sepanjang 500

kilometer melalui tanah pertanian yang subur. Sungai

Marne mengalir ke Sungai Seine di tenggara Paris,

lihat Perancis (peta muka bumi). Baj besar boleh

menyusuri sungai ini. Sungai Marne dihubungkan ke

timur oleh sebuah terusan dari Nancy ke Strasbourg

di Sungai Rhine.

UMUM 
SUNGAI DON

Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat

daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik

kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh

1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar

boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300

kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don

dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini

terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don

mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi

sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang

yang subur dan kawasan balak.

UMUM 
SUNGAI MOSELLE

Sungai Moselle, cawangan Sungai Rhine,

bermula dari Pergunungan Vosges di timur

Perancis. Sungai Moselle mengalir hala ke timur

laut sejauh 513 kilometer dan mengalir masuk ke

Sungai Rhine di Koblenz, Jerman. Ia dikenali

sebagai Mosel di Jerman. Sebahagian besar sungai

ini adalah cetek. Terusan sepanjang 274 kilometer

membolehkan tongkang sampai sehingga 320

kilometer ke hulu sungai.

UMUM 
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 
SUNGAI PO

Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali.

Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di

Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira

652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir

semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada

Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan

Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini

adalah deras di bahagian atas tetapi beransur

perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering

menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M.,

kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha

untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar

meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke

semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi

aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
SUNGAI NIAGARA

Sungai Niagara ialah sungai pendek yang

menghubungkan Tasik Erie dengan Tasik Ontario.

Sungai ini membentuk sebahagian daripada

sempadan antara negeri New York, Amerika

Syarikat, dengan wilayah Kanada, Ontario. Air dari

Tasik-tasik Besar kecuali Tasik Ontario mengalir

masuk ke Sungai Niagara. Sebahagian besar air ini

mengalir masuk ke Air Terjun Niagara, yang

terletak kira-kira di pertengahan aliran Sungai

Niagara.

UMUM 
SUNGAI

Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang

mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang

panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari

gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi

daripada padang salji atau glasier yang mencair,

mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika

sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak

air daripada anak sungai dan sungai lain, serta

daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara,

tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang

lebih besar, tasik, atau lautan.

UMUM 
SUNGAI MACQUIRE

Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer

melalui New South Wales, Australia. Sungai ini

bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah

Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut

melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia

mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum

dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu.

Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri,

lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan

pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan

dan tanaman makanan binatang.

UMUM 
SUNGAI SALWEEN

Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin,

ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini

berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui

bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu

masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein.

Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia

menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian

barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya

tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini

mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir

sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman.

UMUM 
SUNGAI LENA

Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah

besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun

Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut

sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke

Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira

402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki

sungai ini sejauh 3200 kilometer.

UMUM 
12345

Kembali ke atas