Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH, penyerapan unsur bahasa yang berasal daripada bahasa-bahasa di Timur Tengah atau Asia Barat.  Unsur bahasa Timur Tengah yang meresap ke dalam bahasa Melayu datangnya daripada bahasa Arab, parsi dan Turki.  Proses peminjaman itu bermula dari zaman kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-3 H.  tetapi mula berkembang pada abad ke-5 H (abad ke-11 M).

BAHASAKonsep
PENULIS AGAMA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS AGAMA, golongan penulis yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah.  Ketika di Timur Tengah, mereka melihat pergerakan pemodenan Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad Abduh di Mesir.  Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka berusaha untuk memajukan orang Melayu dan ingin membentuk pandangan baru terhadap Islam.

SASTERAKarya
POLECAT

Polecat ialah mamalia kecil yang tergolong

dalam famili weasel. Terdapat tiga spesies polecat

iaitu: (1) Polecat Eropah yang terdapat di seluruh

Eropah (2) polecat steppe yang terdapat di dataran

Asia Tengah (3) polecat marmar yang terdapat di

padang rumput kering di tenggara Eropah hingga

ke barat China. Skunk Amerika Utara sering

dinamakan polecat kerana tabiatnya yang hampir

sama dengan tabiat polecat Eropah.

UMUM 
SUNGAI YANGTZE

Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang

ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan

yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi

kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze

dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang.

Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di

Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras

laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan

kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia

mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi

Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut

haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian

tengah China dan memasuki Laut China Timur,

6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan

cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira

1 829 000 kilometer persegi.

UMUM 

Kembali ke atas