DADU | Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga digunakan dalam permainan ‘backgammon’, monopoli dan permainan papan yang lain. Sebiji dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga ke enam titik. | UMUM | |
IKAN SUMPIT | Ikan sumpit atau archerfish ialah mana-mana dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia | UMUM | Umum |
SURAH AL-KAFIRUN | Surah al-Kafirun ialah salah satu surah Makkiyyah, surah yang ke-109 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi enam ayat. Nama surah ini diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: “Ya Ayyuha al-Kafirun”. (Surah al-Kafirun 109:1) | UMUM | |
SAMOA AMERIKA | Samoa Amerika ialah wilayah Amerika Syarikat, yang terletak kira-kira 3700 kilometer ke barat daya Hawaii. Enam daripada tujuh pulau wilayah ini terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Tutuila dan Aunuu; Ofu, Olosega, dan Tau (kumpulan Manua); dan Rose. Pulau-pulau ini adalah dalam rangkaian Samoa. Pulau ke-7, Pulau Swains terletak 320 kilometer ke utara. | UMUM | |
SATAH CONDONG | Satah condong ialah peranti yang digunakan untuk mengangkat beban berat menggunakan daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar memerlukan kurang daya daripada mengangkat beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½ meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas pelantar bersamaan dengan beban didarabkan dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau 6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu digolekkan menaiki tanjakan, daya yang diperlukan adalah: Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram ______________- ____________- daya jarak 14 Walaupun satah condong mengurangkan daya, amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam mesin mudah]). | UMUM | |
SUNGAI URUGUAY | Sungai Uruguay ialah sebahagian daripada sistem Sungai Paraná dan Sungai La Plata di Amerika Selatan. Sungai Uruguay bermula di negeri Santa Catarina, di bahagian selatan Brazil. Ia mengalir ke barat dan menuju ke selatan sepanjang kira-kira 1600 kilometer, sebelum berakhir di Teluk Río de la Plata. Sungai Uruguay membentuk sebahagian sempadan antara Brazil dan Argentina. Sebelum berakhir di Río de la Plata, sungai ini membentuk sebuah tasik selebar antara enam hingga 11 kilometer. Lihat Brazil (peta); Uruguay (peta). | UMUM | |
TASIK BALA | Tasik Bala ialah tasik yang terbesar di Wales Utara. Panjangnya ialah enam kilometer dan ia terletak di Gwynedd. Tasik yang panjang dan sempit ini menganjur pada arah timur laut ke barat daya. Sungai Dee mengalir melaluinya. Nama tasik ini adalah sempena bandar Bala yang terletak di utara tasik tersebut. Llangower terletak di pinggir timur. Orang Wales menamakan tasik tersebut Llyn Tegid. | UMUM | |
SURAH AL-NAS | Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an, iaitu surah terakhir dan mengandungi enam ayat. Surah ini dinamakan al- Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana perkataan Rabb yang bermakna Tuhan disandarkan kepada kalimah tersebut. | UMUM | |
NAUTILUS | Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali sebagai gewang atau nakre . Bahan ini menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini. Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil daripada jenis ini yang diketahui. | UMUM | |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |