Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin, sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga Farisi. |