Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METEOROLOGI

Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera

bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang

mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi

mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara

dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga

mengukur bahan kimia di atmosfera seperti

karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi

iklim. Dengan menganalisis data tentang

atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal

keadaan cuaca.

UMUM 
MISTRAL

Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan

bertiup kencang dari barat Alps dan penara di

selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean.

Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi

bergerak semakin laju apabila menghampiri udara

yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut

pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan

wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila

angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas

bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku

dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan

ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan

Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100

hari dalam setahun.

UMUM 
ASBUT

Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara.

Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905

untuk menerangkan gabungan asap dan kabut

tebal yang kadangkala menyelubungi London

serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini,

asbut juga merujuk kepada keadaan yang

disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada

gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan

kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai

asbut fotokimia .

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
AKTA KILANG

Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di

kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang

menggantikan akta kilang yang sebelumnya,

meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta

tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai

kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan

udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja

160º .

UMUM 
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 
KIMIA

Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli

kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk

di dalam alam semesta. Mereka mengkaji

bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan

yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan

sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya.

Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami

perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia

melibatkan perubahan kandungan kimia dalam

sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari

udara yang membentuk karat ialah satu perubahan

kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan

fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air

berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa

ia membeku.

UMUM 

Kembali ke atas