MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA | Mahkamah Keadilan Antarabangsa lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyediakan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengketaan undang-undang pada peringkat antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organisasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan undang-undang antarabangsa. | UMUM | |
KEADILAN SOSIAL | Keadilan Sosial, bentuk keadilan yang merujuk pada soal pembahagian hak dalam masyarakat. Ia sering ditandai dengan slogan siapa mendapat apa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
QADARIYYAH, AL- | Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)”. (Surah al-Balad 90:10 ) | UMUM | |
MAHKAMAH | Mahkamah ialah sebuah institusi kerajaan yang menyelesaikan pertikaian undang-undang dan mengendali keadilan. Mahkamah menyelesaikan konflik melibatkan individu, pertubuhan, dan kerajaan. Mahkamah juga menentukan, sama ada orang yang dituduh melakukan jenayah itu bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. | UMUM | |
EKUITI | Ekuiti dalam bidang undang-undang ialah satu set peraturan yang dirumuskan pada mulanya untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang terlalu tegar. Ekuiti berdasarkan prinsip kewarasan dan keadilan yang luas. Ia membenarkan undang-undang membuat penyesuaian berdasarkan keadaan khusus sesuatu kes. | UMUM | |
MAHKAMAH KANGGARU | Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini selalunya mengetepikan prinsip undang-undang dan keadilan serta mengenakan hukuman yang tidak adil dan keterlaluan. | UMUM | |
ZEUS | Zeus, dalam mitologi Yunani, ialah ketua dewa dan pemerintah manusia yang agung. Pada asalnya dia ialah dewa langit. Lama-kelamaan, orang Yunani menggangap Zeus sebagai satu-satunya dewa yang menjaga alam semesta ini. Mereka mengaitkan Zeus dengan keadilan dan percaya bahawa dewa itu menghukum orang yang jahat dan memberi habuan kepada orang yang berbuat baik. | UMUM | |
ZOLA, ÉMILE | Zola, Émile (1840 – 1902), penulis Perancis yang menjadikan naturalisme sebagai bentuk kesusasteraan yang utama di Perancis pada akhir tahun 1800-an. Dia menulis tentang kehidupan sebagaimana dilihatnya, buku dan kehidupannya memaparkan keberanian, kepintaran, dan semangat inginkan keadilan. | UMUM | |
NEMESIS | Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah lambang kepada semangat membalas dendam. Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini, perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat kepada pembalasan. | UMUM | |
OLD BAILEY | Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya membentuk sebahagian daripada bailey (laman dalam) antara Ludgate dengan Newgate. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia tersergam di atas tapak penjara Newgate. Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan memegang sebilah pedang dan dacing merupakan salah satu tarikan yang terkenal di bandar raya London. | UMUM | |