Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.gu.ngan] | کأݢوڠن

Definisi : kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.gu.ngan] | کأݢوڠن

Definisi : keadaan agung; kemuliaan; keluhuran: ~ kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kemuncaknya pd zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keagungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMBI

JAMBI, ibu kota dan pelabuhan utama kerajaan Malayu (Suwarnabhumi) pada abad ke-7 M., ketika keagungan kerajaan Sriwijaya.  Kedudukannya yang menghala ke Selat Melaka dan Laut Cina Selatan menyebabkan kapal-kapal dari China, India dan Kepulauan Melayu mudah singgah di sini bagi mendapatkan bekalan dan perkhidmatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NELSON, HORATIO

Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana

dan wira tentera laut Great Britain yang teragung.

Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis

dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan

kemenangan tentera laut yang terhebat dalam

sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa

tentera laut Perancis, dan memartabatkan

keagungan pemerintahan British di laut sepanjang

tahun 1800-an.

UMUM 
SURAH FUSSILAT

Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan)

kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan

melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta

membawa keterangan yang tepat bagi

menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam

yang indah tersergam yang menggambarkan

ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat

Surah Ghafir.

UMUM 
SONGKET PALEMBANG

SONGKET PALEMBANG kain songket yang berasal dari Palembang dan merupakan lambang kebesaran dan keagungan adat masyarakatnya.  Songket ini dibuat daripada benang sutera dengan ikat pakan yang mempunyai ciri warna merah tua dan ungu dengan kepala kain daripada songket benang emas 24 karat.

BUDAYAPakaian
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

           

BUDAYAProses/Tindak Balas
NAGARAKARTAGAMA

NAGARAKARTAGAMA, karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
SHAH JAHAN

Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima

empayar Mughal di India. Baginda menjadi

pemerintah pada tahun 1627. Ketika

pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam

zaman keemasan, dengan bilik kebal yang

dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah

dan mengagumkan.

     Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya

yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih

yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di

Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah

membina sebuah istana yang amat hebat dan luar

biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan

lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan

empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami

kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah

dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak

tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan.

Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi

masalah, dan seorang daripada puteranya telah

merampas takhta daripadanya.

UMUM 
PENAJIS

PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PARTI RAKYAT BRUNEI

PARTI RAKYAT BRUNEI, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 22Januari 1956.  Parti Rakyat Brunei (PRB) dipimpin oleh A.M. Azahari yang mendukung cita-cita perjuangan nasionalisme memerdekakan Brunei daripada penjajahan British.  Dia juga ingin mengembalikan keagungan wilayah Brunei, yang pernah menjadi satu empayar Melayu terkenal pada masa silam, dengan menggabungkan wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dalam satu persekutuan yang lebih besar di bawah pemerintahan seorang sultan iaitu Sultan Brunei.  Persekutuan ini akan dikenal sebagai Persekutuan Kalimantan Utara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 

Kembali ke atas