KANDELA | Kandela ialah unit ukuran bagi keamatan lar, iaitu jumlah cahaya yang dihasilkan dalam satu arah tertentu oleh objek yang bercahaya. Apabila cahaya mempunyai keamatan lar yang lebih, maka cahaya yang terhasil adalah lebih terang. | UMUM | |
LUMINUS | Dari segi ilmu fizik - Ketumpatan keamatan luminus dalam arah yang diberi. | FIZIK | Konsep |
SKALA RICHTER | Skala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
PENGESAN GEIGER-MULLER | Alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan zarah dan sinaran pengion radioaktif. | FIZIK | Alat/Alatan |
MAGNETON BOHR | Unit asas bagi momen magnet elektron, iaitu unit bagi keamatan medan magnet yang diaruhkan oleh elektron yang berorbit mengelilingi nukleus. | FIZIK | Sifat/Keadaan |
OERSTED | Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar. Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa digunakan. | UMUM | |
TIUB FOTOPENDARAB | Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya berbanding mata manusia, dan digunakan untuk mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah. Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang kelipan]. | UMUM | |
SEISMOGRAF | Seismograf ialah alat yang menguatkan dan merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan seismograf untuk mencari minyak, mengkaji bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan glasier. | UMUM | |
KESAN FOTOELEKTRIK | Kesan fotoelektrik ialah sebarang kesan yang terhasil dalam pemindahan tenaga daripada cahaya kepada arus elektrik. Kesan demikian digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau untuk memberikan bekalan elektrik. Tiga jenis kesan utama fotoelektrik ialah kesan fotopancaran, fotoberaliran dan fotovolta. | UMUM | |
METER CAHAYA | Meter cahaya ialah satu alat yang digunakan untuk menyukat kecerahan cahaya. Meter cahaya mempunyai pelbagai kegunaan yang khusus. Contohnya, ahli astronomi menggunakannya untuk menyukat kecerahan cahaya bintang. Jurutera pencahayaan menggunakannya untuk menyukat kecerahan lampu rumah dan pejabat. Jurufoto menggunakannya untuk menyukat keamatan cahaya di tempat mereka mengambil gambar. | UMUM | |