Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.né.han] | کأنيهن

Definisi : 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.né.han] | کأنيهن

Definisi : keadaan aneh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keanehan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIPLEY, ROBERT LEROY

Ripley, Robert LeRoy (1893–1949) ialah

pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur

di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang

dikenali sebagai “Believe It or Not”. Panel ini

mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil

dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di

puncak kepopularannya, jumlah pembaca “Believe

It or Not” dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta

orang. Rencana itu juga mengandungi bahan

untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri

dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku,

filem, dan muzium.

UMUM 
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

     

SASTERAKonsep
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 

Kembali ke atas