Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda). Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki Oxford University dan berkhidmat sebagai pembantu paderi dan guru besar di Shropshire dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760 sehingga kematiannya. |