MINGGU BAHASA KEBANGSAAN | Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) ialah aktiviti kebahasaan yang berlangsung selama satu minggu secara serentak di seluruh Tanah Melayu. Ia dilancarkan pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960. | BAHASA | Kegiatan |
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA | JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA | PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA, badan kegiatan kebahasaan dan kebudayaan di Indonesia. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ditubuhkan pada 1 April 1975. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA | SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia. Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938. Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993. | BAHASA | Kegiatan |
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA | Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA | PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada 26 Julai 1977 khusus untuk berjuang dalam bindang kebahasaan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji dan peminat bahasa. Persatuan ini juga dikenal sebagai PLM. | BAHASA | Persatuan |
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA | KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988. | BAHASA | Bahasa |
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA | EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK). | BAHASA | Bahasa |
MBIM | MBIM, badan bahasa. MBIM ialah singkatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. Penubuhan MBIM hasil daripada persidangan antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan Indonesia-Malaysia (Pakim) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur. | BAHASA | Kegiatan |