SHIVA | Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya semula. | UMUM | |
KAWALAN HARGA | Kawalan harga ialah kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk mempengaruhi harga, bagi kebaikan pengeluar atau pengguna. Kawalan harga sering digunakan untuk mengelakkan harga daripada kenaikan yang terlalu cepat. | UMUM | |
HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap “kebaikan manusia” tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah pertubuhan yang berperanan ke arah perdamaian dan keselamatan dunia serta kebaikan manusia. Hampir kesemua negara merdeka di dunia menjadi anggota PBB. Setiap negara anggota menghantar wakilnya ke ibu pejabat PBB di New York City dan di sana mereka membincangkan dan mencuba menyelesaikan masalah. | UMUM | |
ELISIUM | Elisium dalam mitologi Yunani dan Rom ialah tempat roh para wira diabadikan sebagai balasan selepas kematian kerana kebaikan dan keperwiraan mereka semasa hidup. | UMUM | |
SURAH AL-KAWTHAR | Surah al-Kawthar ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-108 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat. Ia dinamakan surah al-Kawthar (kebaikan yang banyak) berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah tersebut yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah berikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kawthar)”. (Surah al-Kawthar 108:1) | UMUM | |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
SURAH AL-MU'MINUN | Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut susunannya surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al- Mu’minun sempena pujian terhadap amalan kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang melayakkan mereka menduduki syurga yang tertinggi, iaitu syurga Firdaus. | UMUM | |
KONSERVATISME | Konservatisme ialah sikap atau falsafah yang amat mengutamakan tradisi. Golongan konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan idea tradisional, dan mereka menjadikannya sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai kebijaksanaan dan kebaikan. | UMUM | |
SHAMAN | Shaman ialah seseorang yang dianggap memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di banyak kawasan mempunyai Shaman yang dipercayai boleh menghalau roh jahat atau membawa kebaikan terutamanya dengan merawat penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika [Orang Shaman ]). | UMUM | |