KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AKTA BAHASA KEBANGSAAN | AKTA BAHASA KEBANGSAAN, akta untuk menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Siri pertamanya ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Akta No. 10 Tahun 1963) manakala siri keduanya Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta No. 7 Tahun 1967) dikanunkan setelah genap 10 tahun dari hari merdeka. | BAHASA | Konsep |
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik. UMNO ialah singkatan bagi United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini, bersama-sama dengan parti-parti lain. | UMUM | |
MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA | MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA, badan yang menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam pada peringkat kebangsaan. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada mulanya, majlis ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Barat. Pada 17 Jun 1971, namanya ditukar kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, untuk memperluaskan lagi keahliannya ke negeri Sabah dan Sarawak. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
BULAN BAHASA KEBANGSAAN | BULAN BAHASA KEBANGSAAN, kegiatan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam tahun yang bermula dari 1960 dan berakhir pada tahun 1966. Tujuan utama pelaksanaan BBK adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, dan adat resam. Usaha mengadakan BBK ini menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. | BAHASA | Kegiatan |
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, universiti kebangsaan pertama dalam sejarah pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Universiti ini ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di bangunan bekas Maktab Perguruan Persekutuan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seramai 190 orang pelajar telah diambil memulakan pengajian tahun pertama dengan 73 orang tenaga pengajar. Dr. Rashdan Baba dari Kolej Pertanian Serdang (Malaya) telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN | JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN | BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957. | BAHASA | Konsep |
HARI KEBANGSAAN MALAYSIA – 31 OGOS | | UMUM | |
LAGU KEBANGSAAN | | UMUM | |