KEBARANGKALIAN | Kebarangkalian. Apabila kita menyatakan bahawa satu peristiwa itu lebih berkemungkinan berlaku daripada satu peristiwa yang lain, ini bermakna bahawa peristiwa itu lebih berkemungkinan akan berlaku. | UMUM | |
PENDAKWAAN NIAT JAHAT | Pendakwaan berniat jahat terhadap seseorang tanpa sebab dan kebarangkalian yang munasabah. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
ALGEBRA BOOLE | Algebra Boole ialah sistem matematik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam logik, kebarangkalian, dan kejuruteraan. Sistem ini dinamakan sempena nama George Boole (1815–1864), ahli logik dan ahli matematik Inggeris. | UMUM | |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. | UMUM | |
PASCAL, BLAISE | Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori kebarangkalian dalam ilmu matematik. | UMUM | |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |