Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ti.nan] | کباطينن

Definisi : 1. perihal batin; 2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebatinan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBATINAN

Kebatinan ialah fahaman serta amalan yang menyeleweng daripada ajaran agama Islam yang sebenar.

AGAMAKonsep
PAK MUSA

PAK MUSA  (   ?    -    ?    ), penentang penjajahan British di Sabah. Dia juga dikenal dengan nama Pahlawan Si Musa atau Musah. Dia berketurunan suku Bajau dan menjadi ketua daerah Paitan, bahagian timur laut Sabah. Pak Musa amat dihormati dan disegani oleh orang kampungnya dan juga orang British pada ketika itu. Dia dipercayai memiliki ilmu kebatinan dan kekuatan yang luas biasa. Dia adalah salah seorang pahlawan pribumi Sabah yang berjuang menentang penjajahan British di Sabah antara tahun 1775 hingga tahun 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JALALUDDIN

JALALUDDIN ( ?       -   ?  ),pejuang undang-undang perdagangan Islam di Minangkabau.  Jalaluddin dikaitkan dengan kebangkitan awal pergerakan pemulihan Islam di Minangkabau (1784 – 1803).  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Dia mendapat pendidikan awal daripada Tuanku Nan Tua, seorang syekh yang terkenal.  Lebih kurang pada tahun 1784, Tuanku Nan Tua mengasaskan ‘surau’ Syatariyah di Kota Tua di Agam.  Walaupun ‘surau’ pengajian mereka dalam ilmu kebatinan sesuai dengan persekitaran pertanian yang tenang, mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat pertanian perdagangan di rantau tersebut.  Malah pemimpin mereka turut terlibat dalam perdagangan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas