NENEK KEBAYAN | Nenek Kebayan, perempuan tua yang bijaksana dan mempunyai sifat yang baik serta suka menolong seperti yang digambarkan dalam hikayat dan cerita rakyat Melayu. | SASTERA | Tokoh |
SI KEBAYAN | SI KEBAYAN, drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani. Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta. Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO' | ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |