KEBEBASAN | | UMUM | |
LOCENG KEBEBASAN | | UMUM | |
KEBEBASAN BERCAKAP | Kebebasan bercakap ialah hak untuk berucap di tempat terbuka atau di tempat tertutup. Istilah ini merangkumi semua bentuk ungkapan, termasuk buku, akhbar, majalah, radio, televisyen, dan filem. | UMUM | |
KEBEBASAN BERAGAMA | Kebebasan beragama ialah hak seseorang untuk mempercayai dan mengamalkan kepercayaan yang menjadi pilihannya. Ia termasuk hak individu untuk tidak mempunyai kepercayaan langsung. | UMUM | |
KEBEBASAN AWAM | Kebebasan awam lihat Hak awam. | UMUM | |
KEBEBASAN AKHBAR | Kebebasan akhbar ialah hak untuk menerbitkan fakta, idea, dan pendapat tanpa gangguan daripada kerajaan atau daripada kumpulan persendirian. | UMUM | |
KUASA MEMILIH | Kuasa memilih ialah suatu istilah bagi kebebasan memilih. Kebanyakan orang mengandaikan yang mereka memiliki kebebasan ini dalam membuat keputusan. | UMUM | |
RICARDO, DAVID | Ricardo, David (1772–1823) ialah ahli ekonomi British yang terkemuka pada awal tahun 1800-an. Dia membantu mewujudkan teori-teori ekonomi klasik , yang menekankan kepada kebebasan ekonomi melalui kebebasan perdagangan dan kebebasan persaingan. | UMUM | |
LIBERALISME | Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai konservatisme menekankan peraturan, tradisi, dan pemilikan harta benda persendirian. Orang yang berfahaman liberal pada amnya menyokong perubahan sosial yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang berfahaman konservatif. Tetapi liberalisme merupakan istilah yang mengelirukan kerana makna dan penekanannya banyak berubah mengikut peredaran masa. | UMUM | |
RICE, ELAMER | Rice, Elamer (1892–1967) ialah dramatis Amerika yang memperjuangkan kebebasan moral, sosial, dan peribadi. | UMUM | |