The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. |