Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebesaran

Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Kedah.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERAK, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Perak.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PAHANG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Pahang.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG

ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang martabat,kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu.

BUDAYAKonsep
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI KEDAHALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI KEDAH, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Kedah. Alatan ini merupakan alat kebesaran peribadi Sultan dan alat kebesaran negeri. BUDAYAKonsep
PERHIASAN KEBESARAN DIRAJA

Perhiasan kebesaran diraja atau Crown jewel

merupakan perhiasan berharga yang dimiliki oleh

raja dan ratu England. Sebahagian besar perhiasan

ini terdiri daripada mahkota, cogan alam, dan objek

lain yang digunakan semasa upacara Pertabalan

(lihat Permahkotaan).

UMUM 
DARJAH KEBESARAN GARTER

Darjah Kebesaran Garter ialah darjah

pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di

Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh

King Edward III. Mengikut legenda semasa King

Edward sedang menari dengan Countess of

Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita

itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut

dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita

tersebut, dia terpandang beberapa orang

tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini

membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa

Perancis yang bererti “Menyesallah sesiapa yang

memperkecilkan benda ini”. Tambahnya lagi, dia

akan menjadikan getah cerut itu “begitu mulia

sehingga setiap orang mahu memakainya”.

UMUM 
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI JOHORALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI JOHOR, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Johor. BUDAYAKonsep
DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGARA MALAYSIA

Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran

Negara Malaysia ialah kurniaan daripada

kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap

khidmat cemerlang seseorang yang dianggap

di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa.

UMUM 
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SEMBILAN, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan serta pengesahan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

BUDAYAKonsep
1234

Kembali ke atas