PERJUDIAN | Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu permainan, peristiwa, atau kejadian secara kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan dibuat pada permainan menguji nasib seperti loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan acara sukan yang lain. | UMUM | |
STEYN, MARTHINUS THEUNIS | Steyn, Marthinus Theunis (1857–1916) ialah presiden terakhir bagi Orange Free State sebelum negeri tersebut menjadi sebahagian daripada Afrika Selatan. Dia telah dipilih menjadi presiden pada tahun 1896. Kebetulan, tempoh jawatan Steyn bersamaan dengan usaha Britain untuk mengambil alih Republik Boer. Sepanjang tempoh ini, dia tetap memperjuangkan kemerdekaan Boer. | UMUM | |
PERTEMPURAN GETTYSBURG | Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral George G. Meade yang mengetuai tentera Utara (Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua- dua pasukan bersenjata bertempur secara kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg, Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila briged gabungan menyerang pasukan berkuda Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai. | UMUM | |
ABU HURAYRAH | Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.), salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah. Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn ‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah datang dengan 80 orang kabilah Daws yang memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah, yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah SAW meraikan mereka dengan memberikan sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi. | UMUM | |
PAK BELALANG | PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka. | SASTERA | Karya |
PERANG GRANADA | Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./ 1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus. Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan- kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al- Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun 630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar. Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk orang Islam Andalus. | UMUM | |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |