Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.ja/.sa.na.an] | کبيجقساناءن

Definisi : perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.ja/.sa.na.an] | کبيجقساناءن

Definisi : kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebijaksanaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OXENSTIERNA, AXEL GUSTAFSSON

Oxenstierna, Axel Gustafsson (1583–1654)

ialah negarawan Sweden, merupakan sahabat dan

penasihat Raja Gustavus Adolphus. Kebijaksanaan

Oxenstierna sebagai negarawan membantu raja itu

mencapai kemenangan besar dalam peperangan.

Sebagai canselor, Oxenstierna mengurus hal ehwal

politik Sweden sejak tahun 1612 sehingga dia

meninggal dunia. Sweden mempunyai pengaruh

yang sangat besar terhadap Eropah pada zaman itu.

UMUM 
LERNER, ALAN JAY

Lerner, Alan Jay (1918–1986), salah seorang

penulis lirik teragung dalam arena muzik Amerika.

Liriknya yang terbaik memaparkan kebijaksanaan

dan kesenian yang jarang ditemui dalam arena

muzik. Hasil gubahan Lerner yang terunggul

pernah diusahakannya bersama-sama penggubah

kelahiran Vienna, Frederick Loewe.

UMUM 
KONSERVATISME

Konservatisme ialah sikap atau falsafah

yang amat mengutamakan tradisi. Golongan

konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan

idea tradisional, dan mereka menjadikannya

sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai

kebijaksanaan dan kebaikan.

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
RAZIY, FAKHR AL-DIN AL-

Raziy, Fakhr al-Din al- (544–606 H./1150–1210

M.), pakar dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam,

astronomi, falsafah, ilmu-ilmu teras agama dan

sebagainya. Nama penuhnya ialah Abu ‘Abdullah

Muhammad ibn ‘Umar ibn al-Hasan ibn al-Husayn

al-Taymiyal-Raziy, yang lebih terkenal dengan

gelaran Fakhr al-Din. Dia lahir di al-Rayy, Tabristan.

Dia pernah berguru dengan beberapa orang ulama

besar pada zamannya termasuk bapanya sendiri.

Dia terkenal kerana kebijaksanaan dalam pelbagai

ilmu.

UMUM 

Kembali ke atas