| SIANOSIS | Sianosis ialah proses penyahwarnaan kepada kebiru-biruan yang berlaku pada kulit dan membran mukos. Sianosis berlaku apabila darah yang mengalir pada kulit dan membran mukos mengandungi paras hemoglobin terturun yang terlalu tinggi – iaitu hemoglobin yang tidak bergabung dengan oksigen. Hemoglobin adalah kandungan sel darah merah yang membawa oksigen. Apabila hemoglobin bergabung dengan oksigen, warna darah menjadi merah cerah. Darah yang mengandungi paras hemoglobin terturun yang banyak berwarna kebiru-biruan jika dilihat pada kulit ataupun membran mukos. | UMUM | |
| ANTIMONI | Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh, berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara, penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api. | UMUM | |
| AKUAMARIN | Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang dinamakan beril . Warna yang paling popular ialah biru langit. Hampir semua akuamarin adalah lutsinar. | UMUM | |
| BURUNG PRION | Burung prion dikenali sebagai burung paus, adalah antara enam spesies burung laut. Burung prion banyak terdapat di hemisfera selatan. Burung ini membesar hingga lebih kurang 30 sentimeter panjang dan berwarna kelabu kebiru-biruan dengan bahagian bawahnya berwarna putih. Terdapat tanda bentuk “W” di bahagian sayapnya. | UMUM | |
| DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
| ANOKSIA | Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia . Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian. | UMUM | |