LELATU | Lelatu ialah cahaya kebiruan yang menakutkan, yang kadangkala kelihatan di rawang atau perkuburan. | UMUM | Umum |
RAWAN | Rawan ialah tisu liat, berwarna putih kebiruan yang terdapat pada manusia dan haiwan yang bertulang belakang. Ia terdapat di hujung tulang panjang, di antara vertebra (tulang) pada spina, dan pada telinga, hidung dan saluran pernafasan dalaman. | UMUM | |
PLUMBUM | Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya, Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum . Manusia telah menggunakan plumbum ribuan tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk perpaipan air dan membuat tembikar serta objek lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak industri, terutamanya industri yang menghasilkan bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum. | UMUM | |
ZINK | Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh digalvani – iaitu, disalut dengan zink – untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. | UMUM | |
TALIUM | Talium ialah unsur kimia yang diberi simbol Tl. Unsur ini merupakan logam lembut kelabu kebiruan yang kelihatan seperti plumbum. Sebahagian besar talium diperoleh daripada pirit besi. Dalam pirit besi, unsur ini wujud sedikit sebagai bendasing. Talium juga terdapat dalam mineral krookisit, hutchinsonit, dan lorandit. Sir William Crookes, ahli sains Inggeris, menemukan talium pada tahun 1861. | UMUM | |
SINAR ULTRAUNGU | Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak betul-betul melepasi penghujung warna ungu kebiruan dalam spektrum cahaya tampak. Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik yang lain di udara juga mengeluarkan sinar ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu boleh menyebabkan selaran matahari. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu juga memusnahkan organisma yang berbahaya dan mempunyai manfaat yang lain. | UMUM | |
YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
TERN ARTIK | Tern Artik , ialah burung laut yang sering dinamakan juara penghijrahan di dunia. Ia berhijrah lebih jauh daripada burung-burung lain. Burung ini panjangnya lebih kurang 45 sentimeter, berbulu kelabu kebiruan, hitam dan putih, berkaki dan bermuncung berwarna merah. Tern artik membiak di Artik dan di sepanjang pantai utara Lautan Atlantik dan Pasifik. Pada akhir bulan Ogos, burung ini dan anaknya memulakan perjalanan jauh ke pesisir Antartika dan pulau-pulau yang berdekatan. Kemudian, ia terbang ke utara sekali lagi dan tiba di Artik kira-kira pada pertengahan bulan Jun. Pengelasan saintifik. Tern artik tergolong dalam famili burung camar dan tern, iaitu Laridae. Ia adalah Sterna paradisaea . Lihat juga Tern. | UMUM | |
SPOT | Spot ialah ikan yang popular untuk aktiviti memancing. Ikan ini panjangnya berbeza-beza dari 15 sentimeter hingga 25 sentimeter dan beratnya lebih kurang 0.2 kilogram. Spot ini berwarna keperakan di bahagian atasnya dan kebiruan di bahagian bawahnya, dengan satu tompok kecil berwarna gelap di bahunya. Di sebelah atasnya terdapat 12 jalur hingga 15 jalur berwarna kekuningan. Ikan ini ditangkap di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk Mexico di Amerika Utara. Ia mempunyai nilai komersil yang tinggi sebagai makanan. Pengelasan saintifik. Spot tergolong dalam famili drum, Sciaenidae. Ia adalah Leiostomus xanthurus. | UMUM | |
PUDINA | Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan. Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang. Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh pada spika di hujung batang. | UMUM | |