Kelemumur ialah kepingan kulit mati yang tertanggal dari kulit kepala. Kepingan ini mungkin berwarna kuning dan berminyak, atau putih dan kering. Kulit kepala biasanya akan menanggalkan sel kulit yang telah mati. Kelemumur biasanya terbentuk apabila kulit kepala menanggalkan lapisan tebal sel yang mati. Para doktor belum lagi mengetahui sepenuhnya punca sebenar keadaan ini boleh berlaku, tetapi kebanyakan daripada kita menghadapinya pada sesuatu masa. Dalam keadaaan yang tertentu, kelemumur yang sedikit boleh dihindarkan dengan kerap membasuh rambut. Kelemumur tidak akan menyebabkan kebotakan. |