KEBUK GAS | Kebuk gas merupakan cara pelaksanaan hukum mati yang sah di sesetengah negeri di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KEBUK BUIH | Kebuk buih ialah peranti yang digunakan oleh ahli fizik untuk mengkaji zarah subatom. Ia terdiri daripada bekas yang berisi cecair khas di bawah tekanan. Ahli sains menembak elektron, proton dan zarah lain menerusi cecair itu. | UMUM | |
KEBUK BUNGA API | Kebuk bunga api ialah satu alatan saintifik yang mengeluarkan bunga api sepanjang laluan yang dilalui oleh zarah subatom yang bercas elektrik. Melalui cara ini, laluan zarah ini menjadi tampak. | UMUM | |
KEBUK AWAN WILSON | Kebuk awan Wilson ialah alat yang menjadikan laluan zarah subatom yang bercas elektrik boleh dilihat. Ahli sains memeriksa laluan ini untuk menentukan cas, jisim dan halaju zarah. | UMUM | |
METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan. | UMUM | |
RELAU ELEKTRIK | Relau elektrik ialah alat untuk membekalkan haba dengan menggunakan elektrik. Ia terdiri daripada kebuk yang menerima arus elektrik, yang digunakan untuk meningkatkan suhu bahan yang diletakkan dalam relau. Bahan yang akan dipanaskan dikenali sebagai cas . | UMUM | |
DERUAN JANTUNG | Deruan jantung ialah bunyi yang tidak normal pada denyutan jantung seseorang. Deruan organik ialah gejala penyakit jantung. Ia terjadi apabila darah mengalir melalui injap jantung yang cacat atau merentasi kecacatan di antara kebuk jantung. | UMUM | |
SIANIDA | Sianida ialah nama garam logam yang mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida (NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan kimia industri yang penting. Kedua-duanya digunakan dalam proses memisahkan emas dan perak daripada bijih, dan dalam proses pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas dengan logam sianida untuk membuat gas beracun hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida, adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik, dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan sianida dalam elektropenyaduran dan dalam pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat juga Asid prusik; Kebuk gas. | UMUM | |