Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.di.kan]/[ke.cer.di/.kan] | کچرديقن

Definisi : 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.di.kan]/[ke.cer.di/.kan] | کچرديقن

Definisi : 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecerdikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONYET

Monyet adalah satu daripada banyak jenis

mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang

paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –

bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang

dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.

Kecerdikan monyet membolehkannya

menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.

Oleh sebab persamaan antara monyet dengan

manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam

penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit

manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali

sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen

menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).

UMUM 
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 

Kembali ke atas