| MAC | Mac ialah gabungan muzik yang sangat berirama yang dimainkan untuk mengiringi perbarisan. Lagu- lagu berirama mac bertujuan untuk menaikkan semangat pasukan tentera, menambahkan keceriaan dan kegemilangan dalam acara sukan, dan meningkatkan martabat upacara rasmi. Selain itu, persembahan tarian balet opera, dan karya klasik dimuatkan dalam mac. | UMUM | |
| RASA SAYANG | RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama “Rasa Sayang Eh” tetapi nama asalnya ialah “Rasa Sayang”. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut. | BUDAYA | Karya |