PERLOMBONGAN BESI | PERLOMBONGAN BESI, kegiatan melombong bijih besi secara kecil-kecilan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Pada masa itu, hasil bijih besi hanya untuk kegunaan tempatan sahaja. Pada tahun 1921, bijih besi mula dieksport kerana mendapat permintaan yang menggalakan dari Jepun yang sedang mengembangkan industri besi dan keluli. Pada masa itu juga sebuah syarikat perlombongan Jepun, Ishihara Sangyo, memonopoli pengeluaran besi di Johor dan Terengganu. Hasil eksport bijih besi pada tahun 1921 berjumlah 74 250 tan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU | PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok. Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu. Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PUSTAKA ANTARA | PUSTAKA ANTARA, penerbit dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957. Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956. Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |