Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). |