KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH | PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan. Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914. Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen. Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun. Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang. Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis. Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
DIALEK MELAYU KEDAH | DIALEK MELAYU KEDAH, dialek yang umumnya digunakan di utara Semenanjung Malaysia, khasnya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara. Walaupun meliputi empat negeri, dialek ini lazimnya dinamakan dialek Melayu Kedah (DMK) kerana negeri Kedah merupakan kawasan yang paling luas mempunyai penutur dialek ini. Oleh sebab kawasannya luas, dialek ini dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek Perlis-Pulau Langkawi, Kedah Pesisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang. | BAHASA | Bahasa |
KEDAH | Kedah (pend. 1 308 400), negeri di utara Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai “negeri jelapang padi”. Kedah terdiri daripada 11 daerah dan 132 mukim. | UMUM | |
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH | ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga. | BUDAYA | Konsep |
KOTA KUALA KEDAH | KOTA KUALA KEDAH, kota pertahanan negeri Kedah abad ke-18. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Abdullah Mukkarram Syah, Sultan Kedah (m.m. 1760) untuk mempertahankan negeri Kedah daripada serangan tentera Siam. Kota ini terletak di Kuala Bahang, iaitu satu kawasan di sebelah utara muara Sungai Kedah, lebih kurang 18 km dari bandar Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERANG KEDAH-SIAM | PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah. Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839. Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala. Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian. Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
BAJU KEDAH | Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
KESATUAN MELAYU KEDAH | KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Kesatuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |