Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERNIAGAAN

Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan

pengeluaran barang dan perkhidmatan secara

komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil

yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga

kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu-

ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh

merujuk kepada pengeluar barang atau

perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan

pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan

insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu

juga boleh dipanggil sebagai perniagaan.

UMUM 
TAN TOCK SENG

Tan Tock Seng (1798–1850) menjadi pemimpin

komuniti Cina di Singapura. Pada tahun 1844, dia

dilantik sebagai jaksa pendamai.

Tan Tock Seng lahir di Melaka. Dia tiba di

Singapura pada tahun 1819. Dia memulakan

perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran,

buah-buahan, dan ayam. Kemudian dia membuka

kedai kecil. Perniagaannya berkembang dan dia

menggunakan kekayaannya untuk membantu

pendatang Cina yang lain. Pada tahun 1844, dia

membina hospital yang pertama di Singapura bagi

membantu orang Cina yang miskin. Hospital

tersebut, yang masih lagi menggunakan namanya,

merupakan salah sebuah hospital terbesar di

Singapura.

UMUM 
ARNAB

Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut,

bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek

yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari

seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab

bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan

kaki belakang yang panjang dan lebih kuat

daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan

kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini

mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti

manusia mengimbangkan tangan apabila bermain

lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh

meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai

kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan

kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak

yang dipelihara untuk dijadikan haiwan

kesayangan.

UMUM 
PUSTAKA ANTARAPUSTAKA ANTARA,  penerbit  dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung  Malaysia.  Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957.  Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956.  Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.SASTERAInstitusi/Organisasi
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 

Kembali ke atas