KEDAMAIAN SEMENTARA | Kedamaian sementara ialah penangguhan pertempuran antara pihak yang bertentangan dalam peperangan. Kedamaian sementara mungkin diadakan untuk memindahkan mereka yang cedera dari medan pertempuran, mengebumikan mereka yang terkorban, penukaran tawanan perang, ataupun menghormati hari kelepasan keagamaan. | UMUM | |
PANMUNJOM | Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea). | UMUM | |
NIRVANA | Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam setengah-setengah agama orang India, terutama Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang individu terhadap duniawi seperti gilakan kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan. | UMUM | |
PASIFISME | Pasifisme ialah suatu kepercayaan yang menolak kekerasan. Kebanyakan pencinta kedamaian menentang sama ada peperangan tertentu ataupun semua jenis peperangan. Tetapi dari segi pengertian yang sebenar, pasifisme bermaksud penentangan kekerasan dan dikenali sebagai nonresistance. | UMUM | |
MOYOLA, LORD | Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971. Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester- Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan oleh perdana menteri sebelumnya, Terence O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut, selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu memulihkan semula perpecahan yang berlaku dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta kerajaan United Kingdom menghantar tentera untuk menjaga keamanan. | UMUM | |
PERES, SHIMON | Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari bulan September 1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun 1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kedamaian antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres, Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah. | UMUM | |