| KEDAP BUNYI | Kedap bunyi lihat juga Akustik; Penebatan. | UMUM | |
| KAISON | Kaison di dalam bangunan ialah satu ruang kedap air yang digunakan sewaktu pembinaan asas bangunan, jambatan, terowong, dan struktur lain. | UMUM | |
| KOK | Kok ialah bahan keras berwarna kekelabuan yang didapati apabila batu arang lembut dipanaskan dalam relau kok kedap udara. | UMUM | |
| TALI PAKAL | Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air. Tukang paip menggunakan tali pakal untuk membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih , yang diperbuat daripada tali yang bersih, dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan, seperti membalut luka. | UMUM | |
| GAS BATU ARANG | Gas batu arang ialah gas yang terhasil apabila batu arang dipanaskan dalam tempat kedap udara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
| TEMPOYAK | TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara. | BUDAYA | Konsep |